Di balik paras menawan dan seksi, Angie Sanselmente Valencia, model pakaian dalam, berjaya menyembunyikan peranan sentralnya sebagai dedengkot geng dadah terbesar di dunia. Kini wanita 30 tahun tersebut menjadi buruan interpol. Daftar cekal internasional telah diterbitkan untuk mengejar wanita yang lihai berpose ghairah ini.
Valencia disinyalir merekrut wanita-wanita cantik untuk dimanfaatkan sebagai pengedar dadah ke Eropah dan Amerika Utara. Sebahagian dari mereka diyakini berprofesi sebagai model pakaian dalam dan model kelas atasan yang pernah menjadi peserta pertandingan ratu cantik. Valencia menyebut pengedar dadah itu sebagai “para malaikat cantik yang tidak pernah dicurigai”. Para curier cantik itu dibayar GBP 1.300 untuk membawa beg berisi kokain dari Kolombia ke Cancun, Mexico, setiap hari.
Berbekal pesona lahiriah dan beberapa di antaranya dikenal sebagai publik figure, dengan mudah mereka lolos dari pemeriksaan di airport. Ketika ini peredaran jaringan dadah Valencia telah mencapai Eropah. Polis percaya Valencia bersembunyi di suatu tempat di Mexico atau Argentina. Sindiket dadahnya baru terungkap tahun lalu setelah orang suruhannya tertangkap dan bernyanyi kepada polis kerana ketahuan membawa 55 kilogram kokain di Airport Buenos Aires. Pengedar 21 tahun itu baru mengaku setelah diinterogasi selama 12 jam.
Dari keterangan wanita muda tersebut, polis kemudian menangkap tiga pengedar lain yang juga direkrut Valencia. Polis ketika ini menyiasat keterlibatan oknum petugas lapangan terbang dalam jaringan dadah Valencia. Setelah penangkapan itu, Valencia dilaporkan menghilang dari sebuah kamar hotel empat bintang di Buenos Aires. Tapi dia tetap diyakini berada di wilayah Amerika Selatan.

Last edited by cybogr
indah.com
Posting Komentar