Pelajar Wanita Terkejut Memiliki Empat Organ Buah Pinggang!

Seorang pelajar wanita di London yang menjalani pembedahan pada satu buah pinggangnya terkejut apabila diberitahu dia sebenarnya memiliki empat organ berkenaan.



Jessica Curphey, 20, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan melampau pada bahagian kanan pinggangnya.

Hanya beberapa minggu sebelum ini, doktor mengesan berlaku jangkitan pada air kencingnya dan dia diberi antibiotik.

Bagaimanapun, imbasan di Hospital St Helier di Surrey menunjukkan ada imej ‘gelembung’ sebesar 17 sentimeter pada buah pinggang kanannya.

Sebelas hari kemudian, ujian lanjut menunjukkan gelembung itu sebenarnya adalah buah pinggang kedua di bahagian kanan Jessica.

Namun, ia telah rosak dan mesti dibuang.

Ketika pembedahan membuang buah pinggang rosak itu dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati ada satu lagi buah pinggang lain.

Jurucakap hospital berkata, penemuan itu menjadikan Jessica sebenarnya memiliki empat buah pinggang.

“Kejadian begini sangat jarang berlaku,” katanya. Selepas berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang rosak itu Jun tahun lalu, Jessica kini aktif dalam kegiatan amal bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan.

Kata Jessica, sebelum ini dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi apabila dimaklumkan memiliki empat buah pinggang. “Kini agak seronok melihat reaksi orang lain apabila saya memberitahu saya ada buah pinggang tambahan,” katanya ketika ditemui.

-Daily Mail

Bisnis Apa Yang Cocok Untuk Pelajar

Bisnis Apa Yang Cocok Untuk Pelajar. Baru sekitar 30 menit yang lalu, saya baru saja menuliskan sebuah artikel tentang bisnis apa yang cocok untuk anak SMA. Artikel tersebut bisa dilihat pada link dibawah ini

http://blogspot.com/2013/10/bisnis-apa-yang-cocok-untuk-anak-sma.html

Artikel tersebut selain bisa dijadikan sebagai referensi ide bisnis untuk anak SMA, juga bisa dijadikan inspirasi bisnis bagi anak smp dan pelajar pelajar tingkat lainnya

Baiklah, hanya itu yang bisa saya tuliskan mengenai Bisnis Apa Yang Cocok Untuk Pelajar karena pembahasannya sudah saya tuliskan pada artikel yang saya sertakan linknya di atas

pelajar uitm disaman jaga sebab sticker ustaz azhar idrus

Apa ke jadah nya kena saman sebab sticker UAI...



Cukur rambut pelajar guru ini dipenjara 3 bulan

  Hanya gara-gara mencukur rambut salah seorang pelajarnya  , seorang guru di Majalengka, Jawa barat terpaksa duduk dikerusi pesakitan. Dalam perbicaraan, guru tersebut terbukti bersalah dan dihukum tiga bulan penjara dengan masa percubaan enam bulan. Atas keputusan tersebut, si guru mengajukan rayuan.

Aop Saopudin (31) guru honorer di SDN V Panjalin Kidul, Kecamatan Sumberjaya, Kabupaten Majalengka, Jawa Barat tak menyangka siakpnya tersebut dinyatakan melanggar pasal 335 KUHP ayai 1 ke 1 KUHP tentang perbuatan tidak menyenangkan kepada salah satu anak didiknya di sekolah tempatnya mengajar.

Dalam perbicaraanyang dipimpin oleh Hakim ketua Tardi tersebut, Aop divonis tiga bulan penjara dengan masa percubaan selama enam bulan. Selain itu, Aop juga kenai kewajiban untuk membayar biaya perkara sebanyak Rp5.000.

“Terbukti melanggar pasal 335 KUHP ayai 1 ke 1 KUHP dan pidana penjara tiga bulan dan tidak perlu dijalankan,” kata Hakim ketua, Tardi di Mahkamah  Negeri Majalengka, Khamis (2/5/2013).

Menanggapi vonis yang dijatuhkan hakim tersebut, Aop yang didampingi oleh peguamnya mengajukan rayuan. Sementara dari pihak Pendakwa Penuntut Umum (JPU) sendiri, mengaku menerima vonis yang dijatuhkan oleh hakim tersebut.

“Kami menyatakan rayuan,” kata Aop di depan hakim.

Sementara itu, kes yang menyerat Aop tersebut berawal saat Aop melakukan kedisiplinan di sekolah tempatnya mengajar yakni dengan cara memotong rambut siswa yang dinilai sudah panjang pada Mac tahun 2012 lalu.

Dalam kegiatan tersebut, Aop memotong sebahagian rambut siswa dan meminta agar siswa yang bersangkutan merapihkannya di rumah. Namun, salah satu orang tua siswa, tidak terima sikap Aop dan kemudian menempuh jalur hukum.

Pelajar ponteng puasa ditahan

Pelajar ponteng puasa ditahan

KUALA NERUS – Ramadan belum cukup memberi keinsafan kepada lima pelajar apabila ditangkap dalam Operasi Ponteng dan Merokok di beberapa lokasi tumpuan pelajar bermasalah.

Operasi oleh Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak dengan kerjasama lebih 20 agensi kerajaan, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), bertujuan memberi peringatan kepada pelajar bahawa aktiviti mereka sentiasa diperhatikan.

Pengerusi Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak, Md Azmi Abd Aziz berkata, fokus utama operasi itu ialah mencegah pelajar yang terbabit dengan aktiviti tidak sihat daripada terjebak dengan kegiatan yang lebih teruk.

“Tujuan utama kita ialah memberi kesedaran kepada mereka. Pelajar yang berjaya ditangkap diberi kaunseling dan nasihat supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama dan bukannya untuk menghukum semata-mata.

“Bagaimanapun, pihak kami akan sentiasa bertegas dalam usaha mencegah aktiviti yang tidak bermoral daripada terus menular dalam kalangan pelajar dan pada masa sama kita memerlukan kerjasama serta  penglibatan semua pihak termasuk masyarakat sekeliling untuk bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui sebaik selesai operasi berkenaan, di sini, semalam.

Tiada tindakan diambil

Menurut Md Azmi, kelima-lima pelajar dari dua sekolah yang sememangnya menjadi tumpuan kaki ponteng itu ditahan kerana berada di luar ketika waktu persekolahan dan setelah disiasat, mereka turut diberi teguran agar tidak mengulangi kesilapan sama.

“Setakat ini, dalam mana-mana operasi yang kita jalankan, kita tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar yang ditahan kerana tumpuan kita untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada mereka supaya berubah.

“Selain itu, masyarakat sekeliling terutama yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak sihat melibatkan pelajar diminta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana dengan cara itu secara tidak langsung mampu menyelamatkan masa depan mereka,” katanya.

Hantar ikuti kursus

Sementara itu, mengulas mengenai operasi yang memasuki edisi keenam itu, pihaknya juga turut menjalin kerjasama dengan Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sri Pantai untuk menghantar pelajar yang didapati bermasalah mengikuti kem atau kursus untuk memantapkan lagi disiplin diri.

“Setelah perbincangan bersama dibuat, kami bersetuju menghantar mana-mana pelajar yang bermasalah mengikuti kursus di kem berkenaan dengan harapan mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik kerana cara terbaik untuk memulihkan pelajar bermasalah ialah dengan memahami masalah dihadapi mereka.

“Justeru, kita berharap agar dengan cara ini dapat melatih pelajar terbabit supaya tidak mengulangi kesilapan sama, sebaliknya memberi tumpuan terhadap pelajaran,” katanya.

Menurut beliau, UMT turut menyatakan persetujuan dengan menjadikan pelajar yang bermasalah sebagai adik angkat kepada penuntut universiti berkenaan supaya mampu memberi sumber inspirasi untuk berjaya seperti kakak dan abang angkat mereka nanti.

“Formula atau sistem baru yang akan kita laksanakan ini diharap mampu memberi keberkesanan dalam usaha mengurangi gejala ponteng dan merokok yang melibatkan pelajar sekolah kerana kita difahamkan jumlah terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini sentiasa bertambah dan perlu dibendung segera,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan pelbagai agensi yang nyata sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

"Dalam operasi selama dua jam ini, ia disertai lebih 60 orang," katanya.