Seni Grafiiti Palestin Sempena Hari Nakba 12 Gambar


Sorry Slowpoek


Setiap 15 Mei, warga Arab Palestin akan menyambut Hari Nakba. Hari Nakba (Hari Malapetaka) disambut bagi memperingati hari diri mereka atau nenak moyang mereka yang dihalau keluar dari tanah milik mereka sehari selepas pengumuman pembetukkan negara Israel. Dianggarkan 700 000 warga Arab hilang tempat tinggal dan tanah milik mereka akibat pembentukkan Israel. Tanah mereka dirampas dan ada ramai yang dibunuh bila mereka enggan menyerahkannya. Sebagai memperingati Nakba, mari lihat beberapa Grafiti yang dilukis warga Palestin pada dinding pemisah yang dibina oleh Israel.


Gambar asal REUTERS/Ammar Awad









Laporan asal REUTERS/Ammar Awad

Polis tahan rakan Sanjeevan 60 hari disyaki terlibat mengedar dadah

OLEH MUZLIZA MUSTAFA August 04, 2013  
Pihak polis mengesahkan rakan Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan (gambar) yang berada dalam kenderaan sama ketika ditembak telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata lelaki berkenaan akan ditahan selama 60 hari di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Noor Rashid berkata kepada The Malaysian Insider, pihak polis telah cuba mengesan lelaki berusia 35 tahun berkenaan, namun dia berada di luar radar polis.
"Tangkapan ke atasnya hanyalah atas urusan dadah, dan tidak melibatkan kaitan dengan kes tembakan," kata Noor Rashid.

Lelaki berkenaan ditahan Sabtu lalu oleh pihak polis, beberapa jam selepas Sanjeevan ditembak di persimpangan berhampiran Taman Awana Indah, Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan  berada bersama rakannya itu dalam kenderaan BMW bewarna perak sebelum didatangi dua lelaki menggunakan motorsikal bewarna merah.

Beliau kemudiannya ditembak di rusuk dan menerima rawatan di Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.

Sanjeevan kini berada dalam keassan koma dan pembedahan mengeluarkan peluru akan dilakukan sebaik sahaja keadaannya mengizinkan. - 4 Ogos, 2013 TMI