Sanggupkah Anda Menerima Awek Cun Sebagai Pasangan Anda Setelah Lihat Badannya


 Adakah Anda Sanggup Ber’Couple’ Dengan Gadis Ini?
Kalau dilihat pada rupanya, memang boleh tahan tetapi bila tengok tangannya, errr agak kurang menarik eh. Tetapi bagi admin, mungkin admin sanggup ‘couple; dengan dia . hehe. Tetapi apa kata korang? Dan cuba fikir apa kata orang tua bila tengok anak dia dengan gadis dengan tangan macam itu.
sumber : suarapeople

DAP dakwa kerajaan membazir belanja RM20 juta untuk PPPM

OLEH MOHD FARHAN DARWIS September 24, 2013
DAP hari ini mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat firma pakar runding dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.

"McKinsey sebenarnya hanya firma pakar runding dalam pengurusan am dan sebenarnya bukan pakar dalam bidang pendidikan," kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

 Beliau berkata, bayaran untuk firma berkenaan bercanggah dengan 11 "Anjakan" dalam PPPM iaitu "Memaksimumkan Kebertinjauanan Murid bagi Setiap Ringgit."
"Duit itu sebenarnya boleh digunakan untuk membina empat sekolah baru dengan kos RM5 juta sebuah, atau pun membina makmal sains baru," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang turut serta dalam sidang media itu berkata, peranan firma itu juga tidak dinyatakan dalam buku PPPM.
"Terdapat begitu ramai pegawai dalam Kementerian Pendidikan dan jabatan kerajaan lain, dokumen PPPM sendiri menyenarai nama 20 individu berkaliber.
"Mengapakah kerajaan tidak memilih untuk menggunakan kepakaran dan tenaga kerja dalam Kementerian dan Pemandu untuk menyediakan pelan berkenaan,"katanya.

Kedua-dua pemimpin muda DAP itu mendakwa pembayaran kepada firma berkenaan dibuat melalui dua fasa iaitu RM4,705,400 bagi fasa pertama, manakala RM15,860,000 dibayar bagi fasa kedua. - 24 September, 2013.
The Malaysian Insider

18 Fakta Tentang SpongeBob SquarePants



SpongeBob SquarePants
1. Spongebob adalah makhluk hidup yang jika sakit dapat sembuh bila menggosokkan dirinya ke tubuh manusia ataupun sesuatu yang sifatnya mencuci
2. Rumah Spongebob jatuh dari pohon nanas
3. Adanya Manusia di dalam laut, yaitu Mermaid man dan Bernacle Boy
4. Ada Gorilla dan Zebra di dalam air
5. Adanya Kubah Krabby Patty yang Cuma ada dalam 1 episode pas Squidward lagi doyan
6. Walaupun pintar dan jenius, selamanya Plankton gak akan mencicipi rasa dari Krabby Patty
7. Anak dari tuan Krab Ikan Paus
8. Gary pewaris takhta kerajaan
9. “Jadi, selama ini Sandy perempuan” kata patrick
10. Adanya kotak tertawa
11. Selama Berpuluh-puluh episode, spongebob tidak pernah dapat mengendarai kapal, kecuali pas episode nyetir pake penutup mata sama pas tes yang di kepalanya ada antena
12. Spongebob dan patrick gak bisa nakut-nakutin anak kecil
13. Patrick jadi profesor
14. Patrick, spongebob, tuan Krab pernah menngintip CD ibunya Krab
15. Plankton dan Ibunya Krab pacaran
16. Patrick+spongebob=kerang
17. Rumah di kompleknya Squidward sama semua
18. Kerja Lembur Patrick=nyantai

Earphone Emas 18 Karat Seharga Sebuah Mobil

Earphone Emas 18 Karat Seharga Sebuah Mobil

Anda hidup mewah dan memiliki kekayaan yang berlebih? Mungkin Anda dapat membeli earphone mewah buatan Swedia Happy Plugs ini.

Bekerja sama dengan Old Town, pengrajin emas di Stockholm membuat sepasang earphone khusus yang seluruhnya terbuat dari emas 18 karat.

Aksesoris mewah untuk telinga Anda ini dibuat menggunakan tangan, dengan masing-masing sisi terbuat dari 25 gram emas.

Selain untuk mendengarkan musik, earphone ini bisa digunakan untuk meningkatkan gaya penampailan sehari-hari Anda.

Harga satu set earphone ini mencapai US$ 14.500, namun tersedia juga versi logam dengan warna pilihan emas, perak dan lainnya dengan harga US$ 30.

Earphone Emas 18 Karat Seharga Sebuah Mobil
Earphone Emas 18 Karat Seharga Sebuah Mobil

Anda mau earphone seharga mobil ini?

Penat Cuci Najis Memang Kami Mangsa Keadaan – Zed Zaidi


“Memang kita ni mangsa keadaan. Kita ni cuci tahi banyak, jadi bila kita dah bersihkan cantik-cantik, jadi balik tahi.”

Itulah kenyataan yang dilontarkan oleh bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dalam sebuah sidang media bagi menjelaskan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Mesyuarat Agung ke-14 Seniman terbatal dan tidak sah di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zed akur dengan keputusan mahkamah itu dan tidak pernah kesal dengan apa yang telah diperjuangkan beliau di dalam Seniman sebelum ini.

“Saya bangga kerana apa yang saya buat sekarang ini tidak pernah dibuat mereka sebelum ini. Apa yang saya buat ni bukan untuk saya.

“Bagi saya benda baik yang saya dah usahakan ini kalau tidak diteruskan, ahli-ahli yang akan teraniaya,” ujar Zed.

Tambah Zed, dia berkhidmat di dalam Seniman sebagai sukarelawan demi membantu ahli-ahli Seniman.

Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh Zed untuk ahli Seniman adalah seperti kemudahan Kad Diskaun 1Malaysia, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dan pelbagai lagi.

Apabila disoal berkenaan usaha untuk menyelesaikan isu tersebut diluar mahkamah, Zed menjelaskan pelbagai usaha telah dilakukan namun tiada kata putus.

“Kita memang sentiasa terbuka untuk bekerjasama, tapi dalam soal mesyuarat yang dia (Abu Bakar Omar) buat itu saya tidak dijemput.

“Kita dah buat macam-macam dah, tapi respond tak ada. Kita dah guna Lembaga Penasihat Seniman pun tiada maklumbalas,” jelas Zed.

Pada sidang media yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu, lebih 50 orang ahli persatuan itu hadir dan ada antara mereka menitiskan air mata atas keputusan mahkamah itu.

“Saya sebenarnya sayang dekat mereka (ahli vateran) sebab mereka banyak menyokong saya dan mereka antara paling ramai turun apabila kita buat program,” kata Zed.

Tambahnya, ia menjadi satu tamparan kepada artis-artis muda dan dia tidak akan berundur untuk terus menggalakkan artis-artis muda bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti Seniman.

Justeru, Zed menasihati mereka di luar sana yang tidak mengetahui berkenaan masalah dalaman Seniman supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi terutama persepsi negatif terhadap persatuan itu.



Oleh: HARITS ASYRAF

Foto & Video: RIZA RAZAK

Izreen Azminda Tidak Malu Walaupun Gemuk


PELAKON Izreen Azminda, 28, mengakui tidak berasa malu untuk tampil di khalayak dengan tubuh badan yang berisi.

Izreen berkata, selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Adrian Umar pada 13 Julai lalu, berat badannya masih belum mencapai tahap yang ideal.

Bagaimanapun kerana tidak sabar untuk kembali berlakon, dia sanggup muncul di televisyen walaupun belum langsing seperti yang diharapkan.

“Sebelum melahirkan Adrian, berat saya mencapai 80 kilogram (kg), tetapi selepas pantang saya berjaya menurunkan sehingga 66 kg dan masih cuba untuk mencapai ke berat yang ideal iaitu 55 kg.

“Tetapi sudah hampir setahun saya tidak bekerja dan selepas bersalin, rasa teruja pula untuk kembali berlakon sehinggakan saya tidak kisah untuk tampil berisi di khalayak walaupun kebanyakan artis perempuan akan memastikan mereka langsing dahulu sebelum mula kerja,” katanya.

Tambah Izreen, dia juga lebih bersemangat untuk memulakan kerja apabila suaminya, Mohammad Riza Baharuddin turut memberikan sokongan dan galakan.

Bagaimanapun Izreen berkata, dia kini tidak lagi memilih watak-watak antagonis yang terlalu ekstrim seperti melibatkan aksi-aksi ranjang atau berpelukan kerana ingin menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.

“Memang awal-awal lagi suami dah pesan, nak berlakon boleh, tetapi janganlah pilih watak yang boleh menjejaskan nama keluarga satu hari nanti.

“Alhamdulillah, pihak penerbit tidak lagi melihat saya hanya boleh membawa watak jahat semata-mata tetapi mereka memberi peluang untuk saya mencuba pelbagai karakter,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Izreen dicalonkan sebagai pelakon Pembantu Terbaik menerusi drama Perempuan Itu Ibu bagi Anugerah Skrin 2013 (ASK2013). – mStar

Gaji tetap naik tapi boleh bincang semula kata MB


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenaikan gaji kepada ahli Dewan Negeri Selangor tetap akan dilaksanakan namun ianya boleh dibincang semula jika ada keperluan.
Katanya, tiada penangguhan akan dilakukan terhadap keputusan yang telah diluluskan di Dewan Negeri Selangor pada Rabu lalu itu sebaliknya akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 ini.
“Insya-Allah (kenaikan) ini akan diteruskan kerana perkara ini sudah dibincangkan dan diluluskan di dewan tetapi boleh dibincang semula kalau perlu,” katanya dipetik Selangorkini sebagai berkata.

Biarpun tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan ruang perbincangan semula itu, namun banyak pihak melihat ianya merujuk kepada kadar kenaikan yang dikritik banyak pihak kerana didakwa terlalu tinggi dan mendadak.

Untuk rekod, keputusan untuk melaksanakan kenaikan gaji Adun Selangor itu mendapat persetujuan semua anggota Dewan Negeri sama ada dari Pakatan Rakyat (PR) dan juga Barisan Nasional (BN) ketika dibentangkan Rabu lalu.

Bagaimanapun kadar kenaikan sehingga 300 peratus itu mendapat kritikan banyak pihak yang mendesak ianya dikaji semula sebelum dilaksanakan.
Sementara itu, mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 4 Disember ini dijangka akan membincangkan perkara ini.