PIHAK pemantau hak asasi manusia Korea Selatan Rabu lalu menentang larangan hubungan cinta di antara kadet Tentera Udara Korea Selatan dan melabelkannya sebagai satu diskriminasi.
Suruhanjaya Hak Asasi Korea mencadangkan supaya Akademi Tentera Udara Korea mengkaji semula larangan bercinta yang dikenakan pada tahun pertama latihan selama empat tahun untuk menjadi pegawai Tentera Udara.
Cadangan itu adalah ekoran daripada aduan seorang kadet yang menentang larangan itu yang disifatkan sebagai mengenepikan hak asasi manusia.
Pihak akademi tetap mempertahankan larangan itu kerana menurut mereka anggota kadet mesti mengikuti latihan dan disiplin yang ketat mengikut gaya hidup seorang pegawai tentera.
Menurut badan pemantau, anggota kadet melalui proses pemilihan yang ketat sebelum dibenarkan menjalani latihan berkenaan membolehkan mereka membuat keputusan yang betul sekiranya mereka terlibat dalam percintaan tetapi tetap fokus dalam karier sebagai anggota tentera.
Bagaimanapun, di pusat latihan tentera kredibilitinya sebagai pusat yang melahirkan wira negara telah tercalar selepas orang ramai hilang keyakinan akibat beberapa skandal melibatkan salah laku seksual dan pelanggaran disiplin.
Pada bulan Mei lalu, seorang kadet senior disingkirkan dari pusat itu selepas melakukan serangan seksual ke atas seorang kadet wanita.
Kemudian pada bulan Julai pula, polis menaham seorang anggota kadet yang didakwa membayar seorang gadis berusia 16 tahun untuk hubungan seks.
Pada Ogos, beberapa anggota kadet dikenakan tindakan disiplin selepas mereka didapati mengunjungi sebuah rumat urut di Thailand ketika mengikuti misi sukarelawan.
Kes-kes sebegitu membuatkan akademi kadet terpaksa menjadikan cuti pelatih mereka lebih pendek dan mengetatkan lagi peraturan melibatkan percintaan, meminum arak dan merokok.
OLEH : IBNU K
Posting Komentar