Sabtu, 20 O ktober 2012
Foto: Orange
SEATTLE - Seorang ibu yang sedang menggendong bayinya, diusir dari bas yang dia tumpangi. Pengusiran oleh pemandu bas itu dilakukan kerana pampers bayinya mengeluarkan aroma tidak sedap.
Pihak Metro Transit di Seattle, Amerika Syarikat , sontak langsung mendapatkan kecaman keras akibat perbuatan pemandunya tersebut. Namun, pihak perusahaan mengatakan tidak akan menghukum pemandu tersebut, kerana mereka sudah meminta maaf. Demikian diberitakan NBC, Sabtu (20/10/2012).
Menurut Metro Transit, apa yang dilakukan oleh pemandunya sudah sesuai dengan peraturan yang berlaku. Mereka menilai, pemandunya tersebut bertindak demi kenyamanan penumpang lain.
Tetapi ucapan maaf saja tidak cukup bagi ibu yang bernama Nichole Hakimian itu. Dia bahkan bermaksud untuk melayangkan tuntutan kepada pihak Metro Transit.
Hakimian menjelaskan, pengusiran itu terjadi ketika dia membawa puteranya yang berusia satu tahun ke klinik. Puteranya diketahui sedang menderita diare dan kerap buang air. Hakimian pun menegaskan, sang pemandu memang mengusirnya kerana bau yang tidak sedap berasal dari pampers anaknya.
Dia pun tidak memiliki pilihan lain untuk turun dari bas, kemudian mengganti pampers anaknya dan kembali menaiki bas lain untuk pergi ke klinik.
(faj)
Posting Komentar