Komen Berhubung Isu Shila Johan Lana


Penulis percaya sepanjang minggu ini, kita akan dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai pelakon Johan As’ari, Lana Nodin dan teman tapi mesranya, Shila Amzah.

Pihak media juga tidak terkecuali mendapatkan komen daripada bekas kekasih Shila, Sharnaaz Ahmad mengenai perkara tersebut.

Menerusi portal Gua, Sharnaaz berkata, “saya tak tahu. Saya tak nak komen apa-apa, saya tak tahu nak cakap apa. Saya pun tak nak ambil tahu. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa hari saya. Saya pun tiada masalah dengan Johan. Bahkan semasa filem lakonan Johan, ‘Balada Pencinta’ ditayangkan, saya ada menghantarkan tweet kepada Johan dan mengucapkan selamat berjaya untuk filem barunya. Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sebelum pernah membuat keputusan untuk bersara daripada bidang seni, mengatakan dia kini masih lagi berbincang dengan keluarganya berkenaan perkara tersebut.

“Kalau ikutkan, saya memang mahu bersara terus dalam bidang seni selepas ini. Namun sekarang saya masih lagi berbincang dengan keluarga. Kemungkinan jika saya bersara kelak, saya akan kembali kepada kerjaya lama saya iaitu di bidang hartanah atau industri minyak dan gas,” ulasnya lagi.

Oleh: AUDREY LEE

Posting Komentar