Senator Australia heret imigresen ke mahkamah

  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini Apr 12 2013
 
Senator bebas Australia Nick Xenophon memfailkan semakan kehakiman bagi memohon arahan supaya Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan notis penolakan kemasukan dan membenarkannya memasuki negara ini.

Permohonan itu difailkan melalui peguamnya Ranjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Beliau menamakan ketua pengarah jabatan itu sebagai responden tunggal.

Beliau turut memohon ganti rugi, arahan bayaran kos dan relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Xenophon, anggota Senat daripada Australia Barat itu sebelum ini menjadi tumpuan berita kerana ditahan 15 jam sebelum dihantar balik ke negara asal sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada 16 Februari.

Dalam dokumen sokongannya, Xenophon menyatakan, Jabatan Imigresen bertindak menyalahi undang-undang dan melebihi bidang kuasa dengan membuat keputusan tanpa mengambil kira penglibatannya dalam dialog nonpartisan dengan anggota Parlimen BN, Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Posting Komentar