Aneh Sumur Sedalam 2 5 Meter Bisa Menyemburkan Air

Ada sebuah sumur di desa Tuhala, Estonia dalamnya hanya 2,5 meter tapi bisa menyemburkan air hingga ratusan liter, dan membanjiri lingkungan sekitarnya.

Bagaimana ini bisa terjadi? Ternyata sumur ini berada tepat di atas sungai bawah tanah. Ketika hujan lebat, air di sungai tersebut menjadi penuh. Akibat tekanan yang terjadi, airnya muncrat lewat sumur ini.

[imagetag]

Selain itu, air yang meluap juga terjadi akibat salju yang mencair saat musim semi. Peristiwa ini tidak terjadi tiap hari, melainkan beberapa kali dalam setahun. Karena itu, banyak wisatawan berdatangan ingin melihat keajaiban ini.

Nama sumur ini: Witch Well, atau sumur penyihir. Rupanya penduduk setempat percaya para penyihir Tuhala sering mengadakan pertemuan di bawah sumur. Mereka sering membuat keributan saat berkumpul, dan lupa imbasnya hingga ke permukaan bumi. Akhirnya air pun meluap, membuat banjir.

[imagetag]

Ironis, tahun 2010 silam ada perusahaan tambang ingin mengubah tempat ini jadi pertambangan. Tentu saja, gelombang protes berdatangan dari berbagai penjuru. Permintaan dukungan juga disebar lewat internet (lihat.

Sungguh sayang pastinya bila tempat nan unik ini harus musnah karena kerakusan dunia industri, bukan?

tuhalanoiakaevuleappi.com/en

Sumber

#bcfda5

Lukisan Telur Yang Menarik dan Cute 15 Photos


Masa seterusnya anda berfikir tentang makan telur dalam sarapan pagi hanya fikir lagi bagaimana telur yang tidak berdosa ini cuba untuk terus hidup dan apa yang yang mereka hadapi dalam kehidupan yang sangat singkat mereka.



# 1

# 2



# 3


# 4Funny Egg and Food Art 14 366x550 jpg



# 5Funny Egg and Food Art 17 550x424 jpg



# 6Funny Egg and Food Art 22 550x355 jpg



# 7Funny Egg and Food Art 24 366x550 jpg



# 8Funny Egg and Food Art 26 550x366 jpg



# 9Funny Egg and Food Art 39 550x333 jpg



# 10Funny Egg and Food Art 41 550x366 jpg



# 11Funny Egg and Food Art 50 517x550 jpg



# 12Funny Egg and Food Art 52 377x550 jpg



# 13Funny Egg and Food Art 55 388x550 jpg



# 14Funny Egg and Food Art 6 550x366 jpg



# 15Funny Egg and Food Art 8 550x366 jpg

asiantown.net

Kursus Teknisi Laptop Notebook dan Komputer sendiri dengan Ebook QBONK

Saat ini Komputer, Notebook dan Laptop merupakan barang elektronika yang umum sering kita jumpai dimana-mana, penggunanya dari tahun-ketahun sangat meningkat pesat, apalagi LAPTOP dan NOOTEBOOK yang mulai booming di Indonesia, hampir mengalahkan Komputer Desktop biasa.

Akan tetapi, pengguna dari Leptop yang banyak ini tidak sebanding dengan para teknisi notbook dan Laptop tersebut. Sebagaimana kita ketahui bahwa untuk memperbaiki Laptop yang rusak kita harus mengeluarkan ongkos yang tidak sedikit! Mau tidak mau, pastinya kita bayar hehe..

Nah..bagaimana kalau kita dapat Memperbaikinya sendiri dirumah!! Pastinya sangat menguntungkan. Lantas kalau Ente masih newbie pasti bertanya, bagaimana caranya? Saya harus belajar dimana?

Kursus Teknisi Laptop
Untuk bisa menjadi seorang TEKNISI NOTEBOOK atau LAPTOP yang kita perlukan adalah NIAT untuk menjadi seorang Teknisi Laptop yang Handal dan BELAJAR. Untuk belajar menjadi teknisi notebook yang handal dengan mudah dan cepat, sebenarnya tergantung dari dimana kita belajar, memang bagusnya mengikuti KURSUS atau Pelatihan Teknisi Laptop dan NOTBOOK. Disana pastinya kita akan diajari mulai dari mengenal rangkaian, panduan dan tips cara memperbaiki sebuah Laptop, notebook atau komputer dan pembahasan2 lainnya. Tapi, untuk mengikuti Kursus Teknisi Laptop pastinya dibutuhkan waktu dan biaya pembelajaran yang tidak sedikit.

Nah..untuk Tips Cara Cepat Belajar Menjadi Teknisi Laptop yang Handal adalah kita cukup bergabung di QBONK Media Group disana terdapat banyak ebook-ebook Pembelajaran Menjadi Teknisi Laptop yang dapat kita DOWNLOAD dengan mudah. Modul Pembahasannya sangat lengkap, mulai dari ebook teknis laptop, ebook memperbaiki mainboard laptop, jaringan komputer, monitor komputer LCD, ebook teknisi printer juga ada, langsung saja lihat page berikut untuk lebih jelasnya :

>>DOWNLOAD EBOOK TEKNISI  LAPTOP DISINI<<

Tulisan lainnya yang berhubungan:
Download ebook jaringan komputer lengkap!
Jual tinta printer online harga murah!
Bisnis yang Bagus untuk Mahasiswa

Bendera PKR Dibakar Budaya Politik Samseng Menular

  GREENBOC

Palong - Gerak kerja PKR yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peneroka dipercayai menjadi punca bendera parti itu yang digantung di simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6, di sini menjadi mangsa khianat.

Naib Ketua PKR Cabang Jempol, Rebin Birham berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar bendera parti itu, Ahad lalu, bukan saja biadab, malah menunjukkan rasa terdesak segelintir pihak yang cemburu melihat parti itu semakin mendapat sokongan.

"Saya lihat perbuatan ini adalah rentetan daripada rasa tidak puas hati pihak berkenaan terhadap PKR kerana gerak kerja dan segala aktiviti kita mendapat tempat di kalangan peneroka.

“Namun, peneroka kini lebih bijak menilai dan memilih parti mana yang mereka nampak lebih baik serta mempunyai masa depan untuk membela nasib peneroka,” katanya yang juga merupakan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan.

seterusnya

 SH

Bisnis Apa Yang Cocok Untuk Pelajar

Bisnis Apa Yang Cocok Untuk Pelajar. Baru sekitar 30 menit yang lalu, saya baru saja menuliskan sebuah artikel tentang bisnis apa yang cocok untuk anak SMA. Artikel tersebut bisa dilihat pada link dibawah ini

http://blogspot.com/2013/10/bisnis-apa-yang-cocok-untuk-anak-sma.html

Artikel tersebut selain bisa dijadikan sebagai referensi ide bisnis untuk anak SMA, juga bisa dijadikan inspirasi bisnis bagi anak smp dan pelajar pelajar tingkat lainnya

Baiklah, hanya itu yang bisa saya tuliskan mengenai Bisnis Apa Yang Cocok Untuk Pelajar karena pembahasannya sudah saya tuliskan pada artikel yang saya sertakan linknya di atas

VIDEO Saya Rela Mati Dari Hidup Disumpah Ibu Kandung Sendiri – Afiq Muiz

Saya Rela Mati Dari Hidup Disumpah Ibu Kandung Sendiri - Afiq Muiz


Dari tweet terbaru Afiq Muiz di twitter, nampanya dirinya sememangnya agak kecewa dengan ibunya sendiri sampai mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, Afiq Muiz menyokong tindakan Eina Azman untuk menyaman ibunya sendiri.
Tweet terbaru Afiq Muiz pad ajam 3.11 petang tadi megiyakan lagi kenyataan dakwaan yang beliau membuang ibu kandung sendiri. – Hangat.my
Dari tweet terbaru Afiq Muiz di twitter, nampanya dirinya sememangnya agak kecewa dengan ibunya sendiri sampai mengeluarkan kenyataan seperti itu.   Apa yang lebih menyedihkan lagi, Afiq Muiz menyokong tindakan Eina Azman untuk menyaman ibunya sendiri. Tweet terbaru Afiq Muiz pad ajam 3.11 petang tadi megiyakan lagi kenyataan dakwaan yang beliau membuang ibu kandung sendiri.

Seni Grafiiti Palestin Sempena Hari Nakba 12 Gambar


Sorry Slowpoek


Setiap 15 Mei, warga Arab Palestin akan menyambut Hari Nakba. Hari Nakba (Hari Malapetaka) disambut bagi memperingati hari diri mereka atau nenak moyang mereka yang dihalau keluar dari tanah milik mereka sehari selepas pengumuman pembetukkan negara Israel. Dianggarkan 700 000 warga Arab hilang tempat tinggal dan tanah milik mereka akibat pembentukkan Israel. Tanah mereka dirampas dan ada ramai yang dibunuh bila mereka enggan menyerahkannya. Sebagai memperingati Nakba, mari lihat beberapa Grafiti yang dilukis warga Palestin pada dinding pemisah yang dibina oleh Israel.


Gambar asal REUTERS/Ammar Awad









Laporan asal REUTERS/Ammar Awad

Gambar Tamrin Ghafar Di Tahan Di Balai Polis Dang Wangi


> terkini dari Balai Polis Dang Wangi Sekarang... Kesian admin Tengok, Apelah Salah Beliau Kan. . Besabarlah Dengan Ujian Ini. Lagi Klik sini 


Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.

NONE"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepadaMalaysiakiniketika dihubungi.

Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.


Hafiz tembusi Indonesia

Salam semua,

SELEPAS tiga tahun album sulungnya yang berjudul Masih Jelas berada di pasaran, Hafiz akan melancarkan album kedua yang menggunakan namanya sebagai judul, di Jakarta, Indonesia, bulan depan.

Berasa bertuah kerana diberi peluang menembusi pasaran muzik negara itu, Hafiz muncul sebagai segelintir artis Malaysia yang berjaya memasuki pasaran negara seberang selepas Datuk Sheila Majid, Search, Slam dan Datuk Siti Nurhaliza. Umum mengetahui, bukan senang untuk artis negara ini menempatkan diri dalam pasaran muzik negara garuda itu. Namun, selepas bernaung di bawah empayar penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, pada program Mania barubaru ini, sedikit ruang bagai terbuka buat Hafiz yang juga juara rancangan terbabit. Jika sebelum ini ura-ura pelantikan Dhani sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 mendapat kecaman hebat pelbagai pihak, sebaliknya pemilihannya dalam Mania yang juga terbitan Astro membuka peluang kepada artis tempatan mencuba nasib di seberang.

Album ini akan dilancarkan bulan depan, tetapi belum ditentukan lagi tarikhnya. Album ini adalah tinjauan kerjasama antara Warner Music Malaysia dengan Indonesia.

Dalam album terbaru ini, ada lima lagu termasuk tiga lagu baru yang dirakamkan di Indonesia. Lagu-lagu ini lebih kepada konsep balada, yang mendapat sentuhan komposer keduadua negara, katanya ketika dihubungi HIP.

Album yang mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia, Andy Bayou dan komposer tempatan, LY, itu turut memuatkan lagu berjudul Patah Hati dan difahamkan akan dilancarkan pada 11 Julai ini. Selain melancarkan albumnya di sana, Hafiz juga dijangka mengadakan siri promosi termasuk persembahan jelajah di bandar besar sekitar Indonesia.

Hafiz masih belum tahu mengenai program yang akan dijalankan ketika pelancaran itu nanti kerana semuanya diuruskan pihak pengurusan dan masih menantikan kata putus daripada Warner Music Indonesia.

Hafiz rasa amat bersyukur dan gembira kerana diberi peluang bukan saja merakamkan lagu di sana tetapi turut melancarkan album, kerana kita semua tahu bukan senang untuk artis Malaysia, terutama artis baru macam Hafiz memasuki pasaran muzik di sana, katanya.

Tidak takut jika albumnya itu dikatakan mirip lagu penyanyi Indonesia, Hafiz menganggap setiap orang punya pandangan dan selera mereka sendiri.

Julung kali bekerjasama dengan Dhani bukan saja memberinya banyak pendedahan mengenai muzik, sebaliknya membuka peluang untuknya dikenali di negara asal penggiat muzik terkemuka itu.

Dia seorang yang tegas tetapi banyak memberi input dan tunjuk ajar. Hafiz harap album ini mendapat tempat di hati peminat di sana dan membuka lebih peluang untuk Hafiz melebarkan sayap di Indonesia, katanya. (berita harian)


Rumah Azmin jadi sasaran protes lagi


  • Leven Woon
  • Malaysiakini 2 Jun 2012
 
Tidak sampai 24 jam, rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di ibu negara terus menjadi mangsa sasaran tidak puas hati apabila 50 orang berkumpul di depannya petang ini.

Saksi kejadian Hassan Yusoff berkata, kumpulan yang didakwa anggota Umno Ampang berkumpul di jalan bertentangan dengan rumah Azmin kira-kira ham 4 petang sambil membawa plakad dan melaungkan slogan anti-PKR.

Menurutnya lagi, kumpulan itu berkumpul kira-kira 20 minit sambil melaungkan slogan "PKR penipu" dan "Azmin rasuah".

Malam tadi, kira-kira 20 orang kumpulan bermotosikal membuat bunyi bising di tempat sama.

Gambar Majlis Pernikahan Apek Khairul Fahmi Dan Leuniey

Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini.

Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie telah berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi 28 Disember 2012.Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri.

Leuniey dimajlis pernikahannya bersama Apek

Baju pernikahan Leuniey
 Majlis perkahwinan Apek dan Leuniey telah dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM300,000.

Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.

Apek dan Leuniey di saat akad nikah
Dengan sekali lafaz Apek dan Leuniey sah menjadi suami isteri
Apek dan Leuniey diacara menyarungkan cincin dimajlis pernikahan mereka
Apek dan Leuniey di majlis pernikahan mereka
Baju pernikahan Apek dan Leuniey 
Hantaran perkahwinan Apek dan Leuniey

sumber

MIC Mahukan Pelan Pembangunan Kaum India


MELAKA – Kerajaan perlu merangka ‘Pelan Pembangunan Semula Masyarakat India’ untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini, kata Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.

Bagi tujuan itu, beliau mencadangkan kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM3 bilion yang akan disalurkan untuk tujuan latihan, pendidikan dan pinjaman perniagaan bagi kepentingan komuniti itu.

Katanya, apa yang diperuntukkan kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, dengan ekuitinya masih kekal 1.3 peratus berbanding populasinya sebanyak lapan peratus daripada jumlah 28 juta rakyat negara ini.

“Ia tidak memadai dalam menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi masyarakat India. Apa yang lebih diperlukan adalah pelan pembangunan semula untuk masyarakat India, suntikan besar projek-projek infrastruktur, geran dan dana yang akan melonjakkan kaum India dalam pembangunan arus perdana negara,” katanya.

Palanivel berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC kali ke-67 yang diadakan di Hotel Equatorial, di sini hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Palanivel yakin pelaburan berdimensi baharu itu pasti akan membuahkan kesan berganda sekali gus mampu menyelesaikan masalah pendidikan, agama dan jenayah yang berleluasa di kalangan masyarakat India sejak turun-temurun.

Bagi menjayakan usaha itu, katanya MIC turut menggariskan beberapa projek antaranya pelaburan dalam bidang hartanah yang menjanjikan potensi dan pulangan baik; dalam syarikat teknologi dan teknologi termaju dan projek pertanian bijak seperti Steinbeck di California yang bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan alternatif kepada pekerja ladang bahkan juga memiliki ladang yang diusahakan itu.

Jelasnya MIC kini berada di landasan tepat dalam memastikan segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bijak dan membawa pulangan baik.

“Kita tidak membincangkan mengenai bantuan terhadap usahawan yang mahu membuka kedai gunting atau gerai-gerai. Sebaliknya saya mahu melihat usahawan India menceburi bidang perniagaan berkaitan teknologi termaju seperti nanoteknologi, teknologi hijau atau penyelidikan berkenaan teknologi kumputer kuantum,” katanya.

Katanya, walaupun MIC menghargai sumbangan dan peruntukan kerajaan khusus untuk masyarakat India, misalnya sebanyak RM200 juta dalam Bajet 2014, namun ia hanya 0.08 peratus daripada keseluruhan RM264 bilion Bajet 2014. – BERNAMA

Konsert Siti Catat Sejarah Paling Berjaya Di IB


KONSERT solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.

“Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.

“Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas,” katanya kepada mStar Online.

Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.

Dalam pada itu menurut Mohamed Juhari, Konsert Wings Opera Hidup yang diadakan pada tahun 2011 pula mengungguli persembahan artis berkumpulan dengan jumlah sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Juhari berkata, teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.

Katanya, tiket sepanjang lima hari persembahan itu habis dijual dan pertama kali dalam sejarah Istana Budaya sebuah teater indie mendapat sambutan hangat daripada penonton.

“Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton mula berminat untuk menonton teater di Istana Budaya dan penerimaan baik terhadap Maduku Kalut adalah bukti yang cukup baik.

“Pihak Istana budaya juga menyasarkan akan memperbanyakkan lagi teater indie dalam kalendar persembahan Istana Budaya pada masa hadapan,” katanya


Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, sehingga Oktober 2013, pihak Istana Budaya telah berjaya mengutip RM6 juta dan menjangkakan angka itu akan meningkat kepada RM10 juta menjelang akhir tahun ini.

Jelas Mohamed Juhari, kutipan itu cukup memberangsangkan memandangkan tahun ini Istana Budaya tidak mementaskan sebarang persembahan daripada produksi luar negara.

“Jumlah itu banyak kerana ia bergantung kepada persembahan tempatan sahaja tetapi pihak kami harap dengan berbaki tiga bulan lagi ia akan mencecah RM10 juta,” jelasnya. – mStar

Kadet Tentera Udara Korea Dilarang Bercinta


PIHAK pemantau hak asasi manusia Korea Selatan Rabu lalu menentang larangan hubungan cinta di antara kadet Tentera Udara Korea Selatan dan melabelkannya sebagai satu diskriminasi.

Suruhanjaya Hak Asasi Korea mencadangkan supaya Akademi Tentera Udara Korea mengkaji semula larangan bercinta yang dikenakan pada tahun pertama latihan selama empat tahun untuk menjadi pegawai Tentera Udara.

Cadangan itu adalah ekoran daripada aduan seorang kadet yang menentang larangan itu yang disifatkan sebagai mengenepikan hak asasi manusia.

Pihak akademi tetap mempertahankan larangan itu kerana menurut mereka anggota kadet mesti mengikuti latihan dan disiplin yang ketat mengikut gaya hidup seorang pegawai tentera.

Menurut badan pemantau, anggota kadet melalui proses pemilihan yang ketat sebelum dibenarkan menjalani latihan berkenaan membolehkan mereka membuat keputusan yang betul sekiranya mereka terlibat dalam percintaan tetapi tetap fokus dalam karier sebagai anggota tentera.

Bagaimanapun, di pusat latihan tentera kredibilitinya sebagai pusat yang melahirkan wira negara telah tercalar selepas orang ramai hilang keyakinan akibat beberapa skandal melibatkan salah laku seksual dan pelanggaran disiplin.

Pada bulan Mei lalu, seorang kadet senior disingkirkan dari pusat itu selepas melakukan serangan seksual ke atas seorang kadet wanita.

Kemudian pada bulan Julai pula, polis menaham seorang anggota kadet yang didakwa membayar seorang gadis berusia 16 tahun untuk hubungan seks.

Pada Ogos, beberapa anggota kadet dikenakan tindakan disiplin selepas mereka didapati mengunjungi sebuah rumat urut di Thailand ketika mengikuti misi sukarelawan.

Kes-kes sebegitu membuatkan akademi kadet terpaksa menjadikan cuti pelatih mereka lebih pendek dan mengetatkan lagi peraturan melibatkan percintaan, meminum arak dan merokok.

OLEH : IBNU K

AJL27 milik Terukir Di Bintang nyanyian Aizat


YUNA
KUALA LUMPUR - TERUKIR Di Bintang muncul sebagai Juara Lagu ke-27 menewaskan 11 pesaing lain.

Lagu ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai atau Yuna itu disampaikan oleh penyanyi, Aizat Amdan dalam persembahan yang santai tetapi klasik.

Naib juara milik lagu Idola tinjauan ciptaan Audi Mok dan Azlan yang disampaikan Azlan and The Typewriter.

Lagu Ku Akui nyanyian Hafiz yang dicipta komposer terkenal, Ajai di tempat ketiga.

Sementara itu, Hafiz mengulang kemenangan tahun lalu apabila diumumkan pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Ku Akui bagi AJL27 ini.

Persembahan Black dan RJ dalam menyampaikan lagu Teman Pengganti dipilih penonton sebagai Persembahan Terbaik.

Gambar gambar planet dalam titisan air oleh Markus Reugels

Jurugambar dari Jerman, Markus Reugels menembak titisan-titisan air ini dengan timing yang sangat kemas gambar planet-planet memenuhi titisan air tersebut. Seumpama titisan air itu adalah sebuah planet. Faham ke tidak ni? Kalau tak faham, abaikan saja :D

Gambar-gambar planet dalam titisan air oleh Markus Reugels
Refraksi Bumi dalam titisan air


Gambar-gambar planet dalam titisan air oleh Markus Reugels
Refraksi Bulan dalam titisan air


Gambar-gambar planet dalam titisan air oleh Markus Reugels
Refraksi Planet Musytari dalam titisan air


Gambar-gambar planet dalam titisan air oleh Markus Reugels
Set penggambaran

Bukan senang ni, kalau tak percaya sila lah cuba bikin sendiri :)

[www.markusreugels.de]

Mirisnya Konspirasi MInyak dari order baru ke SBY

PERTANDA INDONESIA BELUM MERDEKA - Dulu saya sering heran kalo liat SPBU macem Shell, Petronas dan SPBU asing lainnya yang berjajar di pinggir jalan (terutama di Jakarta), mereka berdagang tapi nggak ada yang beli, apa mereka untung? 

Tapi kenapa mereka membangun gedung yang megah walaupun pelangganya nyaris dikatakan kosong melompong, tak ada mobil yang mau belok ke SPBU asing yang cuman jualan Pertamax.

Kini saya baru mengerti ternyata itu diskon atas investasi yang mereka lakukan, lalu bagaimana mereka bisa yakin berbisnis di Indonesia, ternyata mereka memang udah tau arah perkembangan ekonomi politik kita sekarang, regulasi minyak kita mengarah pada Pasar Bebas, Pemerintah lebih suka menjual premium ke pasar spekulasi NYMEX, ketimbang nyalurin ke rakyatnya sendiri.

Jadi saya paham bagaimana kemudian 40 perusahaan asing memegang beslit lisensi 20.000 hak pembangunan SPBU, ini artinya nanti bakal ada 800.000 SPBU asing bermain di pasaran distribusi ritel.

Rupanya kita harus belajar ‘Ilmu Sinyalemen, Ilmu Pertanda’. Adanya SPBU asing, regulasi yang dipermainkan dan trik-trik politik dagang yang dikenalkan ke ruang publik adalah bagian besar penggiringan ekonomi Indonesia ke dalam pasar bebas yang mendikte ruang ekonomi rakyat.
Untuk memahami ini dan memeriksa kenapa bangsa kita jadi budak asing dan bego begini tak mengerti bagaimana membangun pasar sendiri, kita juga harus mengerti sejarah, dulu di tahun 1960 Bung Karno mengundang Chaerul Saleh, Achmadi, Djuanda Kartawidjaja, Ibnu Soetowo dan Jenderal Nasution ke Istana Negara pada suatu pagi, mereka ngobrol tentang politik minyak bumi nasional. “Aku ingin Permina menjadi Perusahaan minyak raksasa, perusahaan yang mampu berdikari, mampu menopang perekonomian Indonesia, Permina bisa digunakan sebagai alat pertama dalam membangun ekonomi Indonesia, seluruh perusahaan minyak asing yang ada di Indonesia ini saya tekan harus bantu Permina, selain bisa ngebor minyak sendiri, membangun rafinerij-nya (rafinerij =kilang, bahasa Belanda), juga mampu membangun jaringan distribusinya, dari situ kemudian terbentuk Pasar bangsa sendiri”.

Bung Karno adalah Presiden RI yang terobsesi membangun perekonomian Indonesia yang kuat, Indonesia mampu membangun pasar-pasarnya sendiri, perekonomiannya harus dipegang “Orang Indonesia sebagai Panglima” seperti yang ia bilang pada Dasa’at ketika ia didatangi Dasa’at yang baru saja pulang dari kunjungan bisnis di Amerika Serikat dan membawakan dasi serta parfum Shalimar, parfum kesukaan Bung Karno : “Heh, Dasa’at aku ini bermimpi membawa Indonesia menjadi bangsa yang besar, bangsa yang bisa membangun seluruh jaringan pasar-pasarnya sendiri di semua kota, seluruh perdagangan dipegang orang Indonesia, pendek kata “Orang Indonesia harus jadi Panglima atas ekonomie Indonesia”.
Itulah mimpi Bung Karno, dan ia bertarung dalam mimpi itu. Ia bikin Revolusi, ia jungkir balikken keadaan.

Bung Karno bilang “Kebudayaan yang Berkepribadian, akan menyokong kesejahteraan, ia bukan saja penyumbang peradaban dunia, tapi djuga penjumbang ekonomie bagi bangsanja”
Bung Karno berkata itu kemudian benar adanya, sekarang Amerika Serikat, Inggris, Jepang dan Korea Selatan mampu menjadikan produk budaya mereka sebagai sumber ekonomi besar yang menyumbang kesejahteraan bangsanya.

Tindakan Bung Karno jelas nggak disenengin boss-boss besar perusahaan minyak asing, apalagi Bung Karno bertinjauan rebut Irian Barat, gertak Imperialis Inggris, bilang ke Malaysia, “Revolusi Indonesia adalah lonceng kematian imperialisme” dalam ancamannya ke Malaysia Bung Karno berpidato yang konteks-nya amat berjangkauan panjang “sebab het wezen atau inti daripada imperialisme adalah, membuat bangsa-bangsa tidak berdiri di atas kaki sendiri.

Prinsip inti imperialisme ialah membuat bangsa-bangsa memerlukan barang-barang bikinan imperialis, memerlukan persenjataan pihak imperialis, memerlukan bantuan pihak imperialis”

Disini Bung Karno sudah memperkirakan bahwa pada akhirnya akan ada bentuk NeoImperialisme dalam bentuk Modal yang membuat bangsa-bangsa ‘lemah modal’ bergantung pada bangsa ‘kuat modal’.

Keberanian Bung Karno ini kemudian bikin marah boss-boss minyak asing, apalagi Bung Karno bisa rebut Irian Barat dengan diplomasi gertak tanpa harus menembakkan sebiji rudal-pun. Setelah Irian Barat takluk, Negara barat pun menggunakan taktik intelijen dan kontra intelijen buat ngadepin Bung Karno, akhirnya Bung Karno jatuh beneran di tahun 1967.

Dia diinternir, setelah kejatuhan Bung Karno masih ada Ibnu Sutowo yang mati-matian masih pegang amanat Bung Karno bikin Permina besar, semasa awal Orde Baru nama Permina diganti jadi Pertamina, Suharto sendiri belum menemukan orang sehebat Ibnu Sutowo yang bermodalkan hanya tambang minyak tua di Pangkalan Brandan dengan empat meja dan lima kursi serta tiga sepeda bisa membangun kilang minyak terbesar di Asia.

Saat itu Ibnu berambisi menjadikan Pertamina sebagai perusahaan minyak raksasa, sebagai pendorong ekonomi nasional, semua lini industri dimasuki Pertamina untuk memancing perekonomian swasta bergerak, mulai dari Real Estate, Pangan sampai pada Rumah Sakit, dibawah jaringan Pertamina.

Ibnu juga berani maen spekulasi, ia bangun LNG, gas cair yang ditertawakan pembesar Jepang, tapi Ibnu bertinjauan dengan spekulasi itu, lalu Ibnu dijebak pada pembatalan pinjaman jangka panjang, Ibnu dituduh korupsi, Pak Harto juga takut bila Ibnu besar maka akan mudah membiayai lawan-lawan politiknya, saat itu rivaal Suharto masih kuat dan awalnya mereka dulu atasan Suharto seperti Nasution, Bung Hatta atau Sri Sultan HB IX.

Suharto juga takut dengan anak buahnya yang naik daun macam Jenderal Mitro, Jenderal Jusuf ataupun Jenderal Ali Moertopo, semua adalah ancaman Suharto dalam merebut Istana Merdeka dari tangan Suharto.

Mundurnya Ibnu Sutowo, juga berarti hancurnya rencana besar minyak nasional yang berencana bukan saja sebagai Perusahaan Minyak terbesar di Asia, tapi Perusahaan Minyak terbesar di dunia. Kini saya hanya mengelus dada, melihat SPBU-SPBU asing itu menguasai pinggir-pinggir jalan raya, bahkan untuk menguasai pasar retail saja orang Indonesia tidak bisa menjadi Panglima-nya.

Kini orang Indonesia dipaksa beli Pertamax oleh pemerintahan budak asing ini, padahal persediaan Premium masih berlimpah, Pemerintah hanya ingin jual Premium ke pasar spekulasi, banyak orang Indonesia susah karena didikte atas kemauan Pasar Bebas.

Benar kata Bung Hatta di masa lampau di tahun 1954 ketika berpidato di depan Pabrik Tekstil milik pengusaha Indonesia yang baru aja diresmikan sendiri oleh Bung Hatta
“Apalah arti Kemerdekaan bila orang Indonesia tak punya hak-hak ekonomi-nya?”

(Anton DH Nugrahanto)

Justin Bieber Diarah Cuci Graffiti


Sydney – Penyanyi remaja Justin Bieber semalam, diminta untuk membersihkan kekotoran selepas bintang pop berkenan didakwa menyembur graffiti di dinding sebuah hotel di Australia.

Datuk Bandar Gold Coast, Tom Tate, berkata penyanyi Kanada itu bersikap tidak hormat selain amat bodoh dan menghantar peralatan menanggalkan graffiti kepada Hotel QT di Surfers Paradise untuk penyanyi itu memperbaiki kerosakan yang dilakukannya.

Jika orang biasa melakukannya mereka akan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 80 hingga 100 jam. Bieber cuma perlu datang bersihkannya dan kami gembira dengan anda, kata Tate kepada Nine Network.

Dalam satu temubual berasingan di Brisbane Courier-Mail, Tate berkata: Suatu masa dulu kita pun pernah muda, tetapi tindakan yang beliau lakukan memang bodoh.

Bieber mempunyai peluang untuk berbuat baik. Saya memintanya untuk menerima bandar raya ini sama seperti peminat di Gold Coast ini menerima beliau.

Antara contengan yang dibuat Bieber termasuk hantu Pacman dan karektor kartun lain yang dilaporkan dilukis pada awal pagi Rabu lalu, selepas persembahannya di Brisbane.

Gambar disiar di Internet
Gambar graffiti terbabit disiarkan di internet termasuk Instagram dengan laporan menyebut Bieber dan pasukannya meninggalkan tin penyembur kepada pekerja pembersih.

Antara komen di instagram mengenai perlakuan negatif Bieber itu termasuk: Selebriti tidak sepatutnya bebas daripada undang-undang. Beliau perlu matang.

Pihak hotel bagaimanapun mempertahankan Bieber melalui Facebook dengan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang lelaki muda yang baik dan menyatakan bahawa penyanyi terbabit meminta kebenaran sebelum menyembur dinding itu.- AFP

Komen Berhubung Isu Shila Johan Lana


Penulis percaya sepanjang minggu ini, kita akan dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai pelakon Johan As’ari, Lana Nodin dan teman tapi mesranya, Shila Amzah.

Pihak media juga tidak terkecuali mendapatkan komen daripada bekas kekasih Shila, Sharnaaz Ahmad mengenai perkara tersebut.

Menerusi portal Gua, Sharnaaz berkata, “saya tak tahu. Saya tak nak komen apa-apa, saya tak tahu nak cakap apa. Saya pun tak nak ambil tahu. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa hari saya. Saya pun tiada masalah dengan Johan. Bahkan semasa filem lakonan Johan, ‘Balada Pencinta’ ditayangkan, saya ada menghantarkan tweet kepada Johan dan mengucapkan selamat berjaya untuk filem barunya. Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sebelum pernah membuat keputusan untuk bersara daripada bidang seni, mengatakan dia kini masih lagi berbincang dengan keluarganya berkenaan perkara tersebut.

“Kalau ikutkan, saya memang mahu bersara terus dalam bidang seni selepas ini. Namun sekarang saya masih lagi berbincang dengan keluarga. Kemungkinan jika saya bersara kelak, saya akan kembali kepada kerjaya lama saya iaitu di bidang hartanah atau industri minyak dan gas,” ulasnya lagi.

Oleh: AUDREY LEE